Rabu, 12 September 2012

PRS SMK Tun Perak , Muar

 Apa itu 'Pembimbing Rakan Sebaya' ?

- Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutamanya mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbingan dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri ( self-awareness ).

Kriteria pemilihan PRS di sekolah kami adalah seperti berikut :

- Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.
- Mempunyai ciri dan personaliti PRS
   =) Mendengar dengan penuh tumpuan,
   =) Memahami,
   =) Menerima tanpa menilai atau melabel,
   =) Mengambil berat,
   =) Komited,
   =) Terima tanpa syarat,
   =) Jujur dan tulen.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri
- Trampil dalam aspek akademik , sahsiah , kokurikulum dan spiritual.

Isnin, 10 September 2012

Masalah Komunikasi


 Masalah  Komunikasi
  • Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej melalui simbol-simbol yang bermakna. Dengan lain perkataan komunikasi merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman daripada satu individu dengan individu lain melalui simbol-simbol yang bermakna, komunikasi seperti  alat penghubung antara manusia dengan lingkugannya dan manusia dengan dirinya sendiri .
  • Masalah komunikasi yang berlaku antara berkomunikasi itu berada banyak sebab yang menyebabkan iaitu :
-          Masalah yang disebabkan oleh penghantar dan penerima.
-          Masalah yang disebabkan oleh bahan atau maklumat terbahagi kepada 2 :

1-      Masalah qualiti bahan,termasuk ketepatan dan kejelasan kesulitan nilai yang sesuai atau sifat substansi.
2-      Masalah maklumat yang sangat lambat ,kelajuan atau frekuensi.
Media yang menyebabkan masalah dalam komunikasi iaitu terlalu kecil dan tidak ada tanda yang jelas dari objek media seperti isyarat gambar, simbol, tingkahlaku dan lain-lain.



Komunikasi Definisi Dan Konsep

 

Definisi Komunikasi

Mengikut dunia moden pada masa sekarang, komunikasi merupakan nilai-nilai teras untuk membuat hubungan antara satu sama lain kerana komunikasi ialah salah satu proses untuk pertukaran informasi ataupun data, untuk kefahaman di antara penghubung.

Konsep-konsep Komunikasi

Komunikasi melibatkan pancaran berasal secara lisan (verbal) dan bukan secara lisan (non-verbal) mesej. Di dalam komunikasi terdapat pengantar, penerima dan saluran dari komunikasi untuk proses pancaran maklumat dan sebagainya. Komunikasi merupakan bahagian yang penting dalam sosial sebab komunikasi interaksi, membuat manusia boleh tukar-menukar  idea-idea dan sikap.

Halangan Dalam Komunikasi




Antara faktor-faktor yang meyebabkan berlaku halangan dalam komunikasi ialah :
1. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
  • Melalui pihak ketiga
2. Kurang minat
  • Bosan
  • Sudah tahu
3. Bahasa yang tidak jelas
4. Sekatan emosi
  • Marah
  • Sedih
  • Keliru
  • Tekanan
5. Penyampaian yang kurang menarik
6. Memikirkan sesuatu yang lain
7. Persekitaran yang tidak sesuai
  • Bising
  • Jarak jauh
  • Gelap
  • Kebersihan
8. Tiada peluang untuk dapatkan penjelasan
9. Perkataan yang mempunyai banyak makna
10. Tidak bersedia memberi maklumat
11. Perbezaan latarbelakang
  • Kasar
  • Lemah lembut
  • Latar pendidikan



Rasional PRS


Rasional

1. membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu saluranbagi pelajar berkongsi kebimbingan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsidenganorang dewasa.

2.cabaran remaja makin bertambah dan mereka memerlukan bimbingan PRS yang bolehmembantu pelajar menbina perlakuan yang lebih diterima melalui contoh teladanperhubungan yang terbuka

3.pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja dan pengaruh rakan sebaya memainkan peranan dalam hidup mereka. PRS boleh memainkan dalam mempengaruhi rakan secara positif.

Pengenalan PRS

Pendahuluan 

Program pembimbing rakan sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah malaysia pada tahun 1998 setelah Insitut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama.sehingga tahun 1992,tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.