PENGENALAN PRS

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.

Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

Prinsip PRS :

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Falsafah PRS :

Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.
 
Peranan PRS :
 
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

2. Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

4. Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.

Etika PRS :

●Amanah dan menyimpan rahsia
●Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
●Memahami batasan dan keupayaan diri
●Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
●Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/atau orang lain.
●Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
●Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.
 
Tugas PRS :  
 
-Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa, dan berempati. 
-Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat. 
-Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa altematif sebelum membuat keputusan. 
-Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. 
-Mematuhi etika kerahsiaan. 
-Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi. 
-Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal. 
-Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya. 
-Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk berteinu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif. 
-Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. 
-Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu. 
 
Bukan tugas PRS : 
 
-Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan 
-Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka. 
-Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti. 
-Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri. 
-Membuka rahsia rakan. 
-Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera 
-Terus berbincang dengan rakan yang   menghadapi krisis dan/atau masalah emosi yang   mendalam. 
-Bertindak menyelesaikan masalah rakan. 
-Mengendali masalab rakan yang runcing  sehingga menganggu ketenteraman jiwa. 
-Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain. 
-Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.