Rabu, 12 September 2012

PRS SMK Tun Perak , Muar

 Apa itu 'Pembimbing Rakan Sebaya' ?

- Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutamanya mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan rakan-rakan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbingan dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran kendiri ( self-awareness ).

Kriteria pemilihan PRS di sekolah kami adalah seperti berikut :

- Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.
- Mempunyai ciri dan personaliti PRS
   =) Mendengar dengan penuh tumpuan,
   =) Memahami,
   =) Menerima tanpa menilai atau melabel,
   =) Mengambil berat,
   =) Komited,
   =) Terima tanpa syarat,
   =) Jujur dan tulen.
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri
- Trampil dalam aspek akademik , sahsiah , kokurikulum dan spiritual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan